Pengerusi

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

PROSMA BERHAD (1197690-K) di bawah penjenamaan PROSMA HOMES telah direstui oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 26hb Ogos 2017 untuk menyediakan Pelan Kediaman Secara Sewamilik.

Pelan Pembiayaan Kediaman secara Sewamilik ini dipatenkan khas bagi memenuhi keperluan rakyat selaras dengan janji ditepati dan rakyat didahulukan. Ianya diolah secara amanah dan praktikal serta mesra ekonomi supaya ramai rakyat Malaysia dapat memiliki kediaman sendiri melalui perlaksanaan Pelan Pembiayaan Kediaman secara Sewamilik (Rent To Own) ini.

Para Komuniti yang saya hormati sekalian,

Izinkan saya memperkenalkan serba sedikit berkenaan Pelan Pembiayaan Kediaman Secara Sewamilik Musyarakah Mutanaqisah yang bermaksud Perkongsian Bebanan yang semakin Berkurangan iaitu Perkongsian antara Pemilik Aset (SPH) dengan Penyewamilik (Anda) dalam satu ikatan yang sah selama maksima 30 tahun.

Sistem kewangan ini diasaskan dengan merujuk kepada sistem kewangan islam yang patuh syariah. Maka, sistem perkongsian pintar ini amat menguntungkan masyarakat dan semua pihak yang terlibat dalam jangka panjang. Pelan kediaman sewamilik (Rent To Own) boleh disertai oleh pihak pemaju-pemaju swasta yang menekankan aspek 'Community Social Responsibility' (CSR) melebihi keuntungan dan ianya merupakan satu pelengkap kepada program perumahan sedia ada.

Prosma Homes (PH) diwujudkan bagi menyediakan Pelan Pembiayaan Bersama bagi kediaman yang berkonsepkan 'Medium-Mid-High End' dengan anggaran nilai aset antara RM300,000 dan ke atas. Kediaman yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju yang berdaftar menerusi Pelan ini boleh dibeli secara sewamilik oleh semua lapisan masyarakat yang berdaftar dengan Prosma Homes.

Pelan Pembiayaan Kediaman Prosma Homes ini dilengkapi dengan kemudahan pembiayaan penyenggaraan, cukai pintu serta perabut asas disediakan secara percuma (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Akhir kata, saya menjemput seluruh anggota Masyarakat untuk bersama-sama mendaftar dan menjayakan Pelan Kediaman Sewamilik (Rent To Own) Prosma Homes demi menjamin kewangan dan masa depan yang lebih baik, tersusun dan terancang.

Sekian, Terima kasih.

 

Dato' Paduka Hj. Ab. Malek B. Hj. Ranting
Pengerusi PROSMA HOMES