komunitipage1Prosma Homes (PH) menyediakan Pelan Pembiayaan Bersama secara Musyarakah Mutanaqisah patuh syariah iaitu perkongsian bebanan yang semakin berkurangan antara Pemilik Aset dan Anda. Sekretariat Prosma Homes telah direstui oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada 26hb Ogos 2017 dan mengambil alih serta memberi nafas baru kepada Sekretariat Komuniti Prefer Malaysia (KPM) yang lalu.

Prosma Homes diwujudkan atas inisiatif Swasta bagi membantu pihak kerajaan dalam menyediakan Pelan Pembiayaan kediaman kepada 10% rakyat di negara ini secara bersepadu melalui Konsep Jual Beli kediaman secara Sewamilik (Rent To Own) yang tidak melibatkan Pinjaman secara langsung dengan Institusi Kewangan. Prosma Homes dan konsurtiumnya bukanlah Pemaju Perumahan atau Institusi Pembiayaan.

Anda boleh membuat permohonan atas talian (Online) untuk memiliki rumah menerusi Pelan Pembiayaan Kediaman Secara bersama ini dengan melayari website rasmi Sekretariat di www.prosmahomes.my. Pelan Pembiayaan Bersama Kediaman Sewamilik Prosma Homes adalah untuk kategori rumah kediaman bernilai RM300,000 hingga RM500,000. Ianya amat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman tanpa kerenah birokrasi Institusi Kewangan.

Prosma Homes menerusi Sekretariatnya kini sedang mengadakan rundingan dan usahasama dengan pemaju-pemaju yang berdaftar dengan KPKT bagi tujuan pembelian aset dan dijual menerusi pelan pembiayaan secara sewamilik yang lebih praktikal dan tersusun

 

 


MATLAMAT

Mengenal pasti dan mendaftar 10,000 Komuniti yang  ingin memiliki Rumah menerusi Sewamilik Musyarakah Mutanaqisah (Rent To Own) Tanpa melibatkan Pinjaman dengan Institusi Kewangan.

 

APA ITU SEWAMILIK MUSYARAKAH MUTANAQISAH?

Takrifan :  Perkongsian Bebanan Yang Semakin Berkurangan. 

Iaitu       :  Perkongsian antara Pemilik Aset (Prosma Homes) dengan Penyewamilik (Anda) dalam satu jangkamasa tertentu iaitu selama maksima 30 tahun.

                                                          

Kediaman akan ditukar hakmilik selepas tamat tempoh perkongsian yang dimenterai dalam ikatan Kontrak yang sah dinamakan Kontrak Musyarakah Mutanaqisah (KMM).